player playlist

Adinda Alia

Wednesday, August 21, 2013

I'm here - MamaDomo

Assalamualaikum Kanda . :)

Alhamdulillah . niat hati nak share blog ni dengan abang tercapai .Syukran akhi . :) 
Sebenarnye lia ni bukan nye minat nak menulis tapi kadang2 nak jugak luahkan ape yg ade kat hati ni kan . Hehe

 so . back to the tittle . I'M HERE . yes . 

first . Abang . SELAMAT HARI RAYA . alia mintak maaf . banyak sangat salah lia kat abg . serba salah pulak rasanya bile abang masih layan lia dgn sangat baik . :) 
bagi pihak keluarga lia , lia mntax maaf sebab mereka kite jadi mcm ni . mungkin ade hikmah kan. 

Second . okee. da tak tahu nak mengarut ape lagi . haha . ni la alia . cepat sangat hilang idea . tadi rasenye mcm banyak je bende yang nak share kat abang . haha . oke . lupekan . mungkin next post kot .
 oke . esok sekolah . so  . got to go abang . :)
inshaAllah , ade mase nnti lia ngarut lagi kat sini . hehee

*nah untuk papa domo*


xoxo ,
me,
Amoyy


Sunday, August 18, 2013

Selamat Kembali berblog!!

Assalamualaikum..

huhu lama nau aku tak berblog ni..
nak buat macam mana dah aku memang tade mase nak menulis kan..

well apa pun alasanya memang aku akan tetap jugak menulis okay!! 

sebelum melalut lebih panjang lagi..
rasanyan masih sempat aku memohon ampun dan maaf ...
sempena Hari Raya Aidilfitri ni kan :)


kepada kawan2 and paling best kepada Raihana Alia binti Mohammad haaa..
abang tau abang memang banyak buat salah..
banyak kecewakan lia..sepanjang kita kenal ni kan..
and abang harap lia tak simpan dendam dalam hati lah kan..
harap sangat..


dan maaf kalau sejak pindah KL ni abang jarang dah post kat blog ni,,
walaupun abang dah janji nak post bila sambung kat sini kan..

insyallah abang dah dapat Laptop baru..
hasil usaha abang kerja dulu.. Alhamdulillah :)
so lepas ni maybe lebih banyak lagi abang boleh share lah kan.. huhuh

dah2 jangan nak gedik sangat...

so sebagai post pertama aku kat tempat baru ni..
aku just nak bagitau tempat ni memang awesome..
dan aku harap..korang2 semua akan doakan yang terbaik untuk aku sepanjang belajar kat sini..

Insyallah amin.. :)

Salam Lebaran dari saya Abdul Azim Bin Jamaluddin A.K.A Azim Aloi
semoga segala salah silap saya selama ini kepada semua yang mengenali diri ini..
akan dapat diaampunkan :) 







Monday, May 27, 2013

Sambung Belajar

Assalamualaikum to Raihana Alia Binti Mohammad , 


post ini memang abang tujukan khas utuk alia,

Sebelum abang pergi sambung belajar, abang nak minta maaf 
atas apa yang terjadi, jika masih ada kekurangan dalam kata2 
ataupun perlakuan abang, abang harapkan alia dapat maafkan tau,,

sebenarnya banyak benda abang nak share dengan alia...
semenjak kita putus dulu..macam2 yang abng rasa.. 
tapi bagi abang biarlah semua benda tu abang yang rasa..
cuma selama ni abang memang terpaksa menyibukan diri dengan
kerjaya abang yang memang tak kira masa ni..

jadi memandangkan abang pun akan memulakan zaman "study" balik,
maybe abang akan perlukan someone untuk share problem..

walau bagaimanapun, abang tak harap alia yang akan jadi tempat abang mengadu kan,
memang alia pun ada life sendiri nak dihadapi, ada Peperiksaan STPM yang perlu ditempuhi,
dan abang juga harap alia dapat buat keluarga alia bangga dengan result alia nanti kan.

walau apa pun yang terjadi,, dalam study USAHA itu yang paling penting, dan kemudian
barulah kita TAWAKAL segala2nya kepada ALLAH :)

memang abang akan tetap post dalam blog ni, kalau abang ada prob,
sebab blog ni cuma Alia je yang tau.. 

mungkin kita dah tak macam dulu, tapi abang akan tetap anggap alia istimewa dalam hidup abang :')

btw doakan abang berjaya dalam pilihan yang abang buat ni kay :)

and plezz jangan jadi macam abag gagal dalam STPM !! 

abang tetap doakan Alia dapat apa yang terbaik dari Allah dalam hidup ni kay..



                            
                    *DO ALL THE THING I SHOULD HAVE DONE, WHEN I WAS YOUR MAN*


Assalamualaikum. 

XOXO #MeMissYouMamaDomo

Monday, March 18, 2013

Raihana Alia Miliku Selamanya.




Aku cuma mahu dia, mahu Raihana Alia Binti Mohammad sahaja. Aku doa yang terbaik untuk kami berdua. Dan kalau betul satu hari nanti dia jodohku, aku akan terus sabar naik roller coster yang penuh dengan ujian dariNya, dan jika bukan, aku doakan yang terbaik untuk dia, dunia dan akhirat. Insyaallah.


MAAFKAN ABANG,

Abang tak sanggup tengok alia sakit hati lagi ,

I miss U Adinda <3


Monday, February 18, 2013

Tangisan Seorang Pencinta Wanita

Untuk kesekian kalinya aku menangis kerana CINTA ,
memang sakit, tapi kerana dia satu-satunya yanhg pernah berada di hati ku,
ku tetap menyimpan hasrat ingin meneruskan hubungan ini,

bagiku tempoh satu bulan setengah terlalu singkat, bagi menjalinkan hubungan yang benar-2
menjanjikan kebahagiaan,

apapun yang berlaku, aku tetap menghormati keputusan mu sayang,
apa jua yang terbaik bagimu adalah yang terbaik bagiku.

cuma memang jenis ku yang tidak semudah cinta datang, semudah itu juga cinta ku padamu akan pergi,
ku memahami dirimu yang masih muda, ,masih banyak yang perlu diperjuangkan demi masa depanmu,
tetapi ku cuma memerlukan dirimu disisiku agar dapat menjalani kehidupan dan mungkin memberi motivasi,

seharusnya manusia diciptakan berpasangan, mungkin juga bukan jodoh mu dengan ku,
tetapi selama yang telah kita berkenalan, aku memahami keistimewaan mu, juga memahami kekurangan mu,
pintaku hanya satu, hubungan kita akan tetap bersama sehingga ke hujung nyawa, agar diriku dan dirimu
tidak terkapai-2 mencari ketenangan jiwa,

sayang,
abang terima sayang dahulu, dengan penuh keikhlasan,
azamku hanya ingin membahagiakan mu dan memberi yang terbaik buat mu,
pengalaman mengajarku, manusia hanya akan lebih menghargai apabila kita merasa kehilanganya,

tetapi tidak ku sangka,
sebegini pantas masa berlalu,
begitu pantas juga kau pinta hubungan kita berakhir,
ku menyangka dengan memujukmu ku bisa hadir semula dalam hidupmu [menangis]
akan tetapi, tuhan juga yang menentukan JODOH, PERTEMUAN, dan PERPISAHAN kita :'(

#percayalah kenangan boleh dicipta, tetapi cinta tidak akan semudah itu untuk dileraikan.


RIAHAN ALIA MOHAMMAD,

"awak bukan cinta pertama saya, tapi saya akan tetap mahu awak menjadi cinta terakhir saya"

Wish U all the best, untuk STPM 2013, belajar pandai-2 nanti masuk U sama-2 kay,
masu tu nanti mesti takde orang nak larang kita lagi kan.

InsyAllah, amin.

Friday, February 8, 2013

Terima Kasih Sayang :)

Kepada syg ku yg selama ini kurindui..
kehadiran mu untuk kesekian kalinya..
amat menyentuh perasaan ku..

sejujurnya perasaan sayang padamu tidak pernah kurang ,
walau apa yang terjadi, samada sejarah atau masa depan,
harapan ku kasih kita berpanjangan dan diberkati,
Insyallah..berkat bulan yang mulia ini..bertambah serinya dengan kehadiran mu. :)

"Wahai dinda ku yang disayangi, Aku SAYANG kamu untuk SELAMANYA"


Monday, January 21, 2013

ehemmmm2...




  1. Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika
  2. Cinta sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan
  3. Hati dan jantung manusia itu habis dan kering kasih sayangnya, dia akan merupakan kaca yang pecah yang tidak mungkin akan bertaut kembali
  4. Tiada kisah yang teramat manis dari kisah cinta, tiada kisah yang amat ngeri dari putus cinta
  5. Cinta dan kasih sayang bukanlah sesuatu yang kekal abadi pada seseorang. Ia bukan sahaja boleh tumbuh subur, tetapi juga boleh layu sebelum berkembang
  6. Cinta adalah kehidupan bagi seorang wanita, tetapi merupakan sebahagian babak kehidupan seorang lelaki
  7. Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka, tetapi janganlah pula menyia-nyiakan orang yang mencintaimu kerana itu berbahaya
  8. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat
  9. Cinta laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci cuma tanah yang berlainan menerimanya
  10. Cinta seperti ombak dan manusia seperti pantai. Kemana juga larinya pantai, akan tetap juga disentuh ombak. Indah atau tidaknya pantai itu bergantung kepada keras atau lembutnya ombak yang melanda
  11. Lemparkan sesorang yang bahagia dalam cinta ke dalam laut, nescaya dia akan timbul dan membawa seekor ikan. Letakkan pula seseorang yang derita dalam cinta ke dalam gudang roti, nescaya dia akan mati kelaparan
Domo-kun Cute