player playlist

Adinda Alia

Monday, December 31, 2012

L.O.V.E

salam semua..

kalau baca jer tajuk nie..sure ramai yang nak klik..ye la,tajuk yg paling hampir dengan kita..CINTA
kalau tak pernah bercinta sure bohong la orang tue..
sebab CINTA pertama kita adalah dengan Allah..masa dalam rahim ibu..
dan bila kita lahir ke dunia..Allah beri peluang pada ibu bapa menjadi CINTA kita
dan bila besar,CINTA kita beralih pada bf/gf dan seterusnya suami/isteri
dan malangnya kita dah melupakan CINTA pertama kita..yang sentiasa menyayangi kita walaupun kita sering terlupakan NYA
dan kita akan berpaling semula padanya bila kita susah,sedih,gundah gulana
dan Allah tak pernah membiarkan kita sentiasa kesedihan..DIA akan limpahi kita dengan kegembiraan bila kita benar2 berserah dan redha pada Nya
dan bila dah kembali gembira..
kita kembali melupakan Nya..MasyaAllah..inilah sikap manusia sering lupa..
maka saya sendiri ingatkan diri dan kawan-kawan supaya tidak lupakan CINTA pertama kita
kerana DIA tak pernah melupakan kita..
dan saja nak kongsi fakta menarik tentang cinta!!

1.Hasrat sering bercampur aduk dengan cinta tetapi lebih baik kamu memfokuskan pada daya tarikan fizik terlebih dahulu kerana ia penting untuk menggambarkan cinta.

2.Cinta adalah sebuah perasaan untuk menyayangi.Jika kamu menghulurkan cinta,yakinlah bahawa ada rasa sayang yang menjadi dasar untuk menguji sedalam mana cinta itu.

3.Cinta memang senang pudar andai tidak bijak membajainya.Saat kamu ditinggalkan cinta,jangan menyalahkan diri kerana ia sudah ketentuan.

4.Percayalah,cinta tidak pernah menyakitkan.Jika si dia menyakiti kamu secara fizikal & emosi,pasti ini bukanlah cinta yg sebenarnya.

5.Cinta sering menguji kekuatan diri dan emosi.Jika kamu mengharungi dunia cinta tanpa mengenali erti keperitan itu bukanlah cabaran yg sebenarnya.

6.Cinta sering mengundang air mata gembira ataupun duka.Air mata yg mengalir utk lakonan menyembunyikan sifat hipokrit di sebalik kepalsuan cinta.

7.Cinta banyak memberikan pengalaman suka dan duka.Setiap pengalaman itu ada pengajarnya.

8.Cinta tidak semestinya di putaran teratas tetapi akan berada di bawah bila tiba masanya.Jika di bawah,jangan cepat berputus asa,berusahalah utk menaikkannya semula sbb kamu telah memilih jalan tersebut.

9.Cinta bukan sahaja bergantung pada emosi dan kata hati,cinta juga memerlukan pemikiran yang rasional dan positif.

10.Jangan mendustai cinta kerana sebuah kesucian tidak wajar dikotori. Cinta suci merupakan cinta yg terakhir wujud di hati kita.
Kesimpulannya, kita sebagai hambaNYA yg bertaqwa,haruslah memastikan yg cinta kita utuh biarlah ikhlas keranaNYA kerana di situlah terletaknya keberkatanNYA…Ingatlah sesungguhnya cinta yg kekal abadi hanyalah Cinta kita terhadap Dia Yg Maha Esaa !!
Domo-kun Cute